PRUBSN WARISAN

Manfaat Utama



RM250,000 Jumlah Minimum Perlindungan



Pastikan orang tersayang dilindungi dengan pemberian Hibah


Dapatkan perlindungan sehingga RM1.5 Juta tanpa pemeriksaan kesihatan *bergantung tahap umur dan kesihatan orang yang dilindungi

MAKLUMAT PRODUK

Ciri-ciri Produk

Tempoh Sumbangan

5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh

Sumbangan Minimum Bulanan

Sumbangan bulanan minimum adalah RM100. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan (bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan) anda dan akan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, umur tamat tempoh dan kondisi kesihatan.

Kelayakan Umur

Umur 19 hingga 70 tahun

Tamat Tempoh Perlindungan

70 atau 80 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM250,000 dan ke atas

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Unit Perlindungan (Protection Unit Account, PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA)

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi: a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Mana-mana yang lebih tinggi: a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA dan sehingga umur 70 tahun sahaja.

Manfaat Penyakit Kritikal

Tidak berkaitan.

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Ciri-ciri

Bina Legasi Anda dalam Bentuk Hibah Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung. Jumlah Perlindungan Minimum yang Tinggi Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM250,000, kesejahteraan orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidakdiduga berlaku. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan yang Tinggi Dapatkan perlindungan setinggi RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa pemeriksaan kesihatan*. *Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.

Lampiran Rider

Crisis Protector, Accidental Protector, Contributor Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.

Nota Penting

Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda. Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.