Bekerja Dari Rumah? Apa yang perlu dilakukan?

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?. Di US perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.

Saya mempunyai kawan yang tinggal diMalaysia tetapi sebenarnya dia adalah arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di UK.

Bekerja Dari Rumah
Bekerja Dari Rumah

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.

Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan. Tak perlu bersesak-sesak untuk ke pejabat jam lapan. Perkara yang penting adalah anda perlu siapkan kerja anda.

Saya sangat berminat dengan perkara ini. Saya telah membuat research lebih setahun tentang kerjaya ” kerja dari rumah “.

Saya mendapati lebih 50% generasi Y telah berpendapatan lebih 2 kali ganda dari gaji sebenar jika dia bekerja diluar.

Saya telah setup pejabat kecil saya dirumah lebih 10 tahun lalu. Siapa nak tahu 10 tip kerja dari rumah ?.

10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Continue reading “Bekerja Dari Rumah? Apa yang perlu dilakukan?”

Kelebihan Ada Medical Card? Ini Pandangan Dr Ahmad Firdaus

MEDICAL CARD.

Walaupun saya dan isteri bertugas sebagai doktor terlatih di fasiliti kesihataan awam, kami tetap menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Kenapa?
Adakah kami tidak percaya dengan perkhidmatan kesihatan awam?
Adakah perkhidmatan di hospital awam tidak baik (sub standard)?
Adakah “rawatan di hospital kerajaan pun kena bayar mahal”?

Tiga sebab di atas sering dijadikan marketing tool untuk agen takaful yang tidak bertanggungjawab. Gunakan strategy ‘fear mongering’ untuk menakutkan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan jualan.

Baru – baru ini anak saya dimasukkan ke hospital swasta akibat demam panas. Saya menggunakan kad perubatan untuk urusan kemasukan dengan deposit RM 500.

Kenapa Perlu Ada Medical Card?
Kenapa Perlu Ada Medical Card?

Continue reading “Kelebihan Ada Medical Card? Ini Pandangan Dr Ahmad Firdaus”

Benarkah Bayar Takaful Merugikan?

Ramai yang masih berkira-kira untuk melanggan polisi Takaful. Ramai yang masih merasakan ‘bayar takaful merugikan’ kalau tidak masuk hospital atau tidak claim.

Bayar takaful tapi tak claim
Bayar takaful tapi tak claim

Saya pun rasa begitu juga semasa saya masih buta tentang pengetahuan kewangan ni. Saya rasa rugi bayar takaful bila tak masuk hospital atau tidak sakit.

Saya lupa ‘SIHAT ITU NIKMAT’. Nikmat kesihatan adalah sesuatu yang amat bermakna sekali dalam hidup ini. Tiada tandingnya lagi.

Continue reading “Benarkah Bayar Takaful Merugikan?”

Apa Itu Takaful? Jom Fahamkan Makna Takaful…

Apa itu Takaful? Takaful bermaksud perkongsian risiko dan saling menjamin.

Ini bermakna pemegang polisi takaful adalah saling jamin menjamin antara satu sama lain. Secara konsepnya, sekumpulan pemegang polisi takaful menyumbang ke dalam satu dana tabung. Apabila salah seorang dari peserta ditimba musibah, dana tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa tersebut.

Risiko???

Dengan kata lain, takaful adalah satu tabung yang disumbang oleh penyumbang (pemegang polisi). Tabung ini digunakan apabila ada yang memerlukan.

Syarikat Takaful pula adalah pemegang amanah yang berfungsi untuk menguruskan tabung dana tersebut.

Continue reading “Apa Itu Takaful? Jom Fahamkan Makna Takaful…”