Benarkah Bayar Takaful Merugikan?

Ramai yang masih berkira-kira untuk melanggan polisi Takaful. Ramai yang masih merasakan ‘bayar takaful merugikan’ kalau tidak masuk hospital atau tidak claim.

Bayar takaful tapi tak claim
Bayar takaful tapi tak claim

Saya pun rasa begitu juga semasa saya masih buta tentang pengetahuan kewangan ni. Saya rasa rugi bayar takaful bila tak masuk hospital atau tidak sakit.

Saya lupa ‘SIHAT ITU NIKMAT’. Nikmat kesihatan adalah sesuatu yang amat bermakna sekali dalam hidup ini. Tiada tandingnya lagi.

Continue reading “Benarkah Bayar Takaful Merugikan?”

Apa Itu Takaful? Jom Fahamkan Makna Takaful…

Apa itu Takaful? Takaful bermaksud perkongsian risiko dan saling menjamin.

Ini bermakna pemegang polisi takaful adalah saling jamin menjamin antara satu sama lain. Secara konsepnya, sekumpulan pemegang polisi takaful menyumbang ke dalam satu dana tabung. Apabila salah seorang dari peserta ditimba musibah, dana tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa tersebut.

Risiko???

Dengan kata lain, takaful adalah satu tabung yang disumbang oleh penyumbang (pemegang polisi). Tabung ini digunakan apabila ada yang memerlukan.

Syarikat Takaful pula adalah pemegang amanah yang berfungsi untuk menguruskan tabung dana tersebut.

Continue reading “Apa Itu Takaful? Jom Fahamkan Makna Takaful…”