Kenali Diri Saya

Norazurah Rubayee, Unit Manager II

Prudential Assurance (M) Bhd

29 May 2019 : Pertama kali menulis didalam ruang blog ini memberikan sedikit cabaran untuk saya. Kebiasaannya tulisan saya lebih menumpukan sesi kelas teori di papan putih, tetapi kali ini saya cuba membawa kelainan dalam diri saya untuk berkongsi di dalam ruangan blog agar ilmu dapat dikongsi dengan lebih meluas. Sebelum saya menulis dengan lebih banyak mengenai ilmu takaful, saya perkenalkan terlebih dahulu siapakah diri saya. Biarlah catatan pertama ini sebagai platform perkenalan diantara kita..

Kerjaya saya bermula sebagai seorang pensyarah di salah sebuah IPTA bermula tahun 2004 – 2011. Bermula gred 41 (pemegang ijazah) kemudian dinaikkan pangkat ke gred 44 pada tahun 2011. Pada pertengahan tahun 2011 (masa tu baru dilantik ke gred 44 jawatan hakiki), saya dengan secara tidak sengaja mengenali ilmu takaful ini. Pada mulanya kerja ini hanyalah sebagai satu kerja sampingan mengisi masa dan duit, tetapi lama kelamaan perasaan seronok berkongsi ilmu takaful melebihi perasaan berkongsi ilmu akademik dengan pelajar. Sehinggakan kadang-kala saya sanggup tidak mengajar kerana sibuk berkongsi ilmu takaful dengan pelanggan. Akhirnya setelah 6 bulan menjalankan kerja takaful secara parttime, saya nekad meninggalkan kerjaya pensyarah dan terus berkecimpung di dalam industri takaful ini sepenuh masa. Tindakan berani ini lah telah banyak mengubah hidup saya pada hari ini. Dari sudut kewangan, fikiran, fizikal dan cara hidup.

Saya bersyukur setelah berada 8 tahun di dalam industri takaful, banyak pencapaian yang telah saya capai diantaranya Star Club Qualifier selama 3 tahun (2012,2013,2015) dan pada tahun 2016 saya dilantik sebagai Unit Manager. Sehingga saat ini, alhamdulillah seramai 17 orang anak didik saya masih bersama dengan saya meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu takaful.

Satu keseronokkan yang saya mula rasai di dalam bidang ini adalah apabila seseorang dapat memanfaatkan ilmu takaful yang saya beri kepada kehidupan mereka. Tidak kira samada ilmu digunakan untuk belajar, menjana pendapatan ataupun untuk kegunaan peribadi. Saya berharap dengan kehadiran blog ini dapat memberikan lebih banyak lagi idea dan pengetahuan mengenai dunia takaful.

Semoga usaha ini berjaya dan dapat memberikan manafaat buat semua.. Ins Shaa Allah..

Salam mesra dari saya ~ Takaful4u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *