Tips Pilih Takaful

“Saya nak Takaful tapi saya tengah menilai ni, saya tengah dapatkan dua tiga lagi quotation”

Menilai tak salah tapi jangan sampai tangguh. Sebab kita tak tahu bila kita akan sakit atau mati. Lebih baik siapkan payung sebelum hujan.

Yup, di Malaysia ada berpuluh syarikat takaful dan setiap syarikat ada produk serta pakej yang berbeza.

Harga pun juga berbeza.

Tapi matlamatnya tetap satu iaitu sebagai perlindungan.

Jadi buat yang sedang memilih dan menilai. Hari ini kita nak kongsi sedikit tips mudah untuk semua.

Tips Pilih Takaful

1. Bajet

Tips Pilih Takaful: Bajet

Kenapa bajet kami letakkan sebagai tips paling utama? Kerana kalau tiada duit atau bajet bagaimana nak bayar caruman polisi Takaful? Betul tak?

Walaupun, rules of thumb peruntukan untuk Takaful adalah 10% dari pendapatan ada juga yang tak mampu sediakan. Kerana tiada bajet.

Jadi kita perlukan pastikan kita ada peruntukan dan kalau tiada kita kena adakan peruntukan untuk takaful.

2. Needs/KEPERLUAN

Tips pilih takaful:needs

Antara soalan yang client sering tanya dan sukar saya jawab adalah “Apa yang you boleh offer?”

Kami agen tak boleh nak offer. Sebab kami bukan berniaga tapi kami servis.

Jadi kami perlu tahu apa yang client perlukan dan kami akan sesuaikan kehendak client dengan produk yang ada.

Simple bukan?

Needs kita berbeza. 

3. Pendapatan

Tips pilih takaful: Pendapatan

Tak semua orang makan gaji bulan. Ada yang makan gaji hari atau kerja sendiri.

Bagi orang sebegini, kalau mereka tidak bekerja mereka tiada wang atau pendapatan.

Kita sakit tapi keluarga tetap perlukan wang.

Jadi mereka perlukan income walaupun mereka sedang dalam hospital. Duduk dalam wad seorang satu bilik dan dapat income RM300 sehari semasa di wad. Pasti sangat awesome kan.

4. Nilai Hibah

Tips pilih Takaful: Nilai Hibah

Perasan tak nilai duit kita semakin menyusut? Dulu RM50 dapat penuhkan satu troli pasaraya tapi sekarang?

Kita perlu pastikan nilai hibah yang akan kita hadiahkan pada pewaris kita cukup untuk kelangsungan hidup mereka kelak.

Hari ini mungkin kita rasa RM100k dah cukup. Tapi mungkin suatu masa RM100k tu sama dengan niai RM10k.

Ini semua penangan inflasi.

Jadi adalah lebih baik untuk sediakan nilai hibah yang cukup.

5. Lebih Nilai

Tips Pilih Takaful: Nilai

Pastikan takaful yang anda pilih menawarkan lebih nilai kepada wang anda.

Walaupun anda lebih bajet tapi ada baik untuk jimat dan belanjakan duit penjimatan ke tempat lain. Seperti pelaburan saham.

Nice bukan?

Penutup

Buat penilaian sendiri dari perkiraan sendiri bukan atas desakan dan saranan dari agen semata-mata. Takaful untuk masa depan anak keluarga kita. Think wisely.

Leave a Reply