Alasan Stop Insurans Part 1- Saya nak kahwin… No Worry You Got The Authority…

Hari ni nak kongsi sikit pasal alasan STOP INSURANS. Alasan memang banyak digunakan, ya lah orang kita memang terkenal dengan beralasan. Hahaha…

Entri ini bukan untuk kondem atau pointing finger salahkan sesiapa tapi untuk kesedaran bersama.

Alasan-alasan ini biasa saya gunakan dan alasan ini juga yang client saya gunakan untuk Stop Insurans. We are in the same world. There are the circle of life. What goes around come around. Right?

Alasan STOP INSURANS

Nak Kahwin

Ada yang datang pada saya cakap:

‘6 bulan lagi saya nak kahwin lah bang. Jadi saya nak terminate insurans saya’.

Bila client datang bagi alasan stop insurans macam ni. Saya pun terpaksa jalankan tugas saya. Untuk educate pelanggan ni.

‘Saya cakap je lah. Boleh tak de masalah’ 

‘Betul ke bang? Berapa saya dapat ya?’ Tanya nya lagi.

‘Dapat apa?’

‘Dapat duit la bang. Kan ada simpanan.’

‘Owh. Cash value ke? Memang ada. Tapi takaful tu perlindungan. Bukan simpanan. Jadi ambil takaful pun baru setahun tak de la banyak cash value. Nak bayar duit hantaran RM 15,000.00 tak lepas rasanya.’

‘Kenapa nak terminate ya?’ tanya saya lagi.

mau kahwin
mau kahwin

‘Nak kumpul duit nak kahwin la bang. Sekurangnya tak bayar takaful dapatlah kumpul RM200 sebulan.’ 

‘Ok macam ni. Sekarang kerja pukul berapa sampai pukul berapa?’

‘Kerja ofis hour je bang.’

‘Kalau stop insurans, awak akan boleh simpan RM200 sebulan. Kalau Setahun bersamaan RM2400. Kalau nak sampai hantaran RM15,000 dalam enam bulan lagi tak capai tu. Betul tak?’ 

‘Betul bang. Tapi saya dah buntu mana nak cari duit ni bang. Itu je cara saya nampak.’

‘Kalau awak terminate, awak dah tak dilindungi tau. Jadi katakan lepas 10 bulan awak dah ada RM2,000 dalam tangan. Dan awak sakit dan memerlukan rawatan? Kos lebih dari RM2,000. Macamana? Awak terpaksa guna duit simpanan kan? Macamana nak kahwin?’

‘Dah sakit tak boleh dah bang nak buat macamana. Gunalah bang.’

‘Okey. Ini cadangan saya. Awak teruskan takaful ni. Jadi bila awak sakit awak akan ada perlindungan. Kos hospital dah di tanggung. Dan untuk kumpul duit kahwin. Awak buatlah partime sebelah malam. Kalau sejam dapat bayaran RM6.00/jam, sehari dapat 4 jam dah dapat RM24.00/hari. Kalau kerja 20 hari dapatlah kumpul sebulan RM480. Lagi banyak dari awak stop insurans ni. Macamana?’

‘Betul juga tu bang’

Kesimpulan dan Nasihat

Bukan tak nak bagi terminate tapi biarlah diri kita dilindungi dalam apa cara sekali pun. Lindungi diri kita dan pewaris itu yang paling penting.

Kahwin bermakna kita akan kembangkan keluarga kita. Jadi perlindungan diri lagi penting sepatutnya.

Jadi nak kahwin bukan alasan untuk Stop Insurans.

Chill.ed.

Leave a Reply