Benarkah Bayar Takaful Merugikan?

Ramai yang masih berkira-kira untuk melanggan polisi Takaful. Ramai yang masih merasakan ‘bayar takaful merugikan’ kalau tidak masuk hospital atau tidak claim.

Bayar takaful tapi tak claim
Bayar takaful tapi tak claim

Saya pun rasa begitu juga semasa saya masih buta tentang pengetahuan kewangan ni. Saya rasa rugi bayar takaful bila tak masuk hospital atau tidak sakit.

Saya lupa ‘SIHAT ITU NIKMAT’. Nikmat kesihatan adalah sesuatu yang amat bermakna sekali dalam hidup ini. Tiada tandingnya lagi.

Bayar Takaful Merugikan?

Tapi selepas saya faham akan konsep Takaful, pemikiran saya berubah secara total. Dan saya yang mencari agen untuk melanggan takaful. Itu sebelum saya menjadi agen.

Bayar Takaful Merugikan kerana saya ingatkan takaful dan insurans adalah hal yang sama. Walhal ia adalah benda yang berbeza sama sekali.

Bayar insurans yang merugikan kerana Premium yang dipungut adalah milik syarikat. Syarikat boleh berbuat apa saja tanpa pengetahuan atau persetujuan dari pembayar premium.

Bayar takaful merugikan
Bayar takaful merugikan

Sebaliknya Takaful, sumbangan yang dibayar pemegang polisi akan dibayar ke tabung tabbaru’. Kesemua wang ini adalah milik bersama pemegang polisi yang diuruskan oleh syarikat Takaful. Syarikat takaful hanya mendapat bayaran bagi kos pengurusan seperti mana yang telah dipersetujui.

Bayar Tak Claim Rugilah?

Seperti yang saya cakap diatas tadi, Sihat itu Nikmat.

Mungkin hari ini kita masih sihat, dan sumbangan takaful yang kita sumbang, tampak tiada makna bagi kita. Tapi kita lupa sumbangan itu telah digunakan untuk membantu orang lain. Sekurangnya kita menyumbang untuk bantu pemegang polisi yang memerlukan.

Mungkin hari ini kita masih sihat, tapi kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah seperti mati, sakit dan kemalangan. Ada yang tahu ke?

Takaful yang di ambil adalah untuk melindungi diri kita jika berlakunya sesuatu bencana. Dengan takaful, insyallah kita akan menerima pampasan yang telah kita persetujui diperingkat awal untuk menampung kos semasa kita sakit atau memerlukan.

Pampasan itu mungkin bukan untuk kita tapi untuk orang sekeliling kita untuk meneruskan hidup dan perjuangan yang belum selesai.

 

Leave a Reply