Apa Itu Takaful? Jom Fahamkan Makna Takaful…

Apa itu Takaful? Takaful bermaksud perkongsian risiko dan saling menjamin.

Ini bermakna pemegang polisi takaful adalah saling jamin menjamin antara satu sama lain. Secara konsepnya, sekumpulan pemegang polisi takaful menyumbang ke dalam satu dana tabung. Apabila salah seorang dari peserta ditimba musibah, dana tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa tersebut.

Risiko???

Dengan kata lain, takaful adalah satu tabung yang disumbang oleh penyumbang (pemegang polisi). Tabung ini digunakan apabila ada yang memerlukan.

Syarikat Takaful pula adalah pemegang amanah yang berfungsi untuk menguruskan tabung dana tersebut.

Konsep Takaful

Apa itu takaful? Konsep Takaful
Apa itu takaful? Konsep Takaful

Kenapa Takaful Berbeza Dari Insurans Konvensional?

Berbeza dengan Insurans Konvensional, Takaful adalah bebas dari unsur-unsur Ghahar, Riba dan Judi.

Ghahar (Ketidak pastian) – Dalam takaful, pemegang polisi akan diberitahu akan segala fi yang dikenakan, bayaran yang akan diterima. Peserta takaful juga akan melalui proses akad semasa melanggan polisi takaful.

Kepentingan Takaful Bagi Orang Islam?

Mencari Halal adalah suatu kewajipan bagi semua orang Islam.

Jadi rasanya tidak perlu dipersoalkan kenapa mesti kita memilih takaful berbanding dengan insurans konvensional.

Pilihlah produk yang patuh syariah, insyallah kita juga dapat manafaatnya kelak.

Leave a Reply