Perbezaan antara Pelan Karisma dan ASB

Mari kita lihat pada situasi di bawah:

  • Zakaria Hassan adalah seorang guru. Beliau ingin menyimpan RM150.00 sebulan selama 30 tahun demi masa depan yang terjamin. Jadi, beliau hendak membuat perbandingan antara Pelan Karisma dan pelaburan ASB. Zakaria kini berumur 30 tahun.

Perbezaan antara Pelan Karisma dan ASB

Mari kita lihat, jenis pelaburan apakah yang Zakaria akan pilih:

*Dividen terkumpul ASB ialah RM2086.00. Manakala bonus terkumpul KARISMA ialah RM3425.00 (RM685 x 5 tahun).

PERBEZAANNYA ADALAH SEBANYAK RM1339.00!

KARISMA MEMENANGI PERBANDINGAN INI!

**Dividen terkumpul ASB ialah RM6590.00. Manakala bonus terkumpul KARISMA ialah RM8565.00 (RM1028.00 x 5 tahun).

PERBEZAANNYA ADALAH SEBANYAK RM1975.00!

KARISMA MEMENANGI PERBANDINGAN INI

***Dividen terkumpul ASB ialah RM16313.00. Manakala bonus terkumpul KARISMA ialah RM15420.00 (RM1371.00 x 5 tahun).

KARISMA MASIH MEMENANGI PERBANDINGAN INI MENGIKUT PENGIRAAN DI BAWAH:

RM1339.00 (Perbezaan 10 tahun pertama) + RM1975.00 (Perbezaan 10 tahun kedua) – RM893.00 (Perbezaan 10 tahun ketiga) = RM2421.00

Jadi, kita dapat lihat di sini bahawasanya Pelan Karisma mampu memberi kadar pulangan pelaburan yang lebih tinggi berbanding ASB

Bukan sahaja memberi kadar pulangan pelaburan yang tinggi, malah Zakaria juga akan mempunyai khairat kematian yang berjumlah RM13708.00.

Jadi, usah tunggu lagi, KLIK DI SINI dan isi borang secara online untuk mendapat sebutharga Pelan Karisma Etiqa Takaful secara PERCUMA!

Antara menyimpan di dalam bank dan menyimpan dengan takaful

Jadi, apakah perbezaan yang paling ketara bila kita menyimpan duit menggunakan dua kaedah ini?

Mengikut pandangan saya, perbezaan yang paling ketara ialah dari segi penerusan penyimpanan wang itu.

Sebagai contoh, katakan anda berumur 30 tahun dan mahu menyimpan untuk pendidikan anak anda yang sekarang berumur 1 tahun. Anda mahu menyimpan sebanyak RM200.00 setiap bulan sehinggalah anak anda berusia 20 tahun. Anda telah memilih untuk menyimpan di bank demi masa depan anak anda.

Namun begitu, katakan jika anda ditimpa musibah yang menyebabkan anda tidak boleh lagi meneruskan simpanan untuk anak anda, apa yang anda akan lakukan? Nak minta tolong ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan? Mesti segan bukan mahu meminta tolong. Sudah tentu ini menjadi bebanan kepada anda kerana tidak dapat membantu anak anda mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Walaubagaimanapun, anda akan bernasib baik jika memiliki takaful. Hal ini kerana, apabila anda memiliki takaful, simpanan anda tetap diteruskan seperti biasa walaupun anda ditimpa musibah.

Siapa yang bayarkan?

Pihak takaful yang akan bayar sumbangan bulanan demi masa depan pendidikan anak anda yang lebih terjamin.

Jadi, dengan memiliki takaful, anda tidak akan rugi apa-apa, malah faedah yang anda dapat adalah cukup hebat. Maka, janganlah buang masa dan bertangguh untuk memiliki takaful.

Etiqa Takaful telah menyediakan Pelan Intelek demi pembiayaan pendidikan anak-anak di universiti nanti.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan sebutharga bagi Pelan Intelek.

Miliki Takaful = Doa Dipanjangkan Umur

Apabila kita memiliki takaful, pada masa yang sama kita juga akan didoakan agar panjang umur dan dilimpahkan kesihatan yang baik.

Tapi, siapa yang berdoa untuk kita?

Yang berdoa untuk kita adalah semua tenaga penggerak syarikat takaful. Mereka tidak putus-putus berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan kita.

Jadi, kita sepatutnya mengambil kesempatan ini dengan memiliki takaful kerana DOA adalah senjata paling kuat bagi umat Islam.

Kami di Etiqa Takaful turut mendoakan kesihatan yang baik dan hidup yang sejahtera bagi semua pelanggan kami.

Perbezaan antara Medical Card ‘stand alone’ dengan Medical Card+Perlindungan

Satu perbezaan yang cukup ketara anda kedua-dua jenis kad ini ialah, Medical Card stand alone ini tidak mempunyai perlindungan. Maksudnya, apabila anda mengambil polisi medical card jenis ini, jika anda meninggal dunia ataupun hilang upaya menyeluruh, tiada pampasan akan diberikan kepada waris-waris anda. Anda sekadar mendapat manfaat pembayaran bil hospital ditanggung pihak takaful.

Namun begitu, jika anda mengambil Medical Card+Perlindungan, waris-waris anda akan mendapat pampasan di atas kematian atau hilang upaya menyeluruh anda. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu waris-waris anda meneruskan kehidupan apabila anda tiada di sisi mereka lagi.

Etiqa Takaful tidak menyediakan Medical Card stand alone kerana amat mementingkan masa depan waris-waris anda, jadi kami lebih percaya Medical Card+Perlindungan adalah yang paling baik untuk anda.

Anda boleh klik DI SINI dan isi borang secara online untuk mendapatkan sebutharga bagi Medical Card+Perlindungan ini. Sebutharga akan anda perolehi secara PERCUMA.

perbezaan medical card stand alone dengan medical card+perlindungan

36 penyakit kritikal yang dilindungi Etiqa Takaful

Berikut adalah 36 penyakit kritikal yang dilindungi Etiqa Takaful:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung .
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Alzheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.

13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:

a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh

25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:

a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :

a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:

a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

Sumber dari : http://myetiqa.weebly.com/

Takaful dan hadis

HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

SURAH AL-MAIDAH, ayat 2
“Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”

Ini adalah antara hadis-hadis yang menggalakkan kita mengambil takaful. Bukankah kita disarankan mempercayai Al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama Islam?

Jadi, jangan buang masa lagi, ayuhlah kita bertindak sebagai umat Islam yang bijak. :)

Manfaat Takaful

Banyak manfaatnya jika kita mengambil takaful. Bukan sahaja dapat menceriakan dan membahagiakan kita sendiri, malah keluarga kita turut merasa faedah takaful.

Antara manfaat takaful ialah:

1. Mengelakkan anak-anak atau waris kita dari hidup meminta-minta selepas kita tiada. Ini kerana, takaful akan membayar sejumlah pampasan yang tinggi (berdasarkan sumbangan bulanan) demi membantu meneruskan anak-anak dan isteri kita atau waris hidup selesa.

2. Akibat yuran pendidikan yang semakin meningkat, maka kita perlu membuat tabungan mulai sekarang demi pendidikan anak-anak kita. Tetapi, adakah kita mampu berdisiplin membuat simpanan setiap bulan? Tetapkah kadar simpanan itu? Bagaimana pula jika anda sudah tiada, siapa yang mahu bantu teruskan simpanan itu? Dengan mengambil takaful, anda tidak perlu risau tentang semua perkara yang disebutkan. Takaful mampu membantu menyelesaikannya.

3. Dengan takaful juga, anda dapat membuat perlaburan yang bukan sahaja memiliki bonus tunai, malah anda turut diberi perlindungan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda. Tidak ada perlaburan-perlaburan yang lain di Malaysia ini menyediakan perlindungan seperti takaful melainkan perlaburan semata-mata.

Ini adalah antara manfaat utama mengapa kita perlu ada takaful. Jadi, jangan berlengah lagi untuk dapatkannya ye.

Anda boleh isi borang di bawah untuk mendapatkan sebutharga takaful. Tiada bayaran yang dikenakan dan semuanya adalah PERCUMA.

Kenapa perlu takaful?

Ini adalah antara beberapa sebab mengapa kita perlukan takaful:

1. Melindungi harta benda kita

-Andaikata anda dimasukkan ke hospital, dan anda dapati bil hospital mencecah RM10,000.00, adakah anda ingin membayarnya menggunakan simpanan anda yang akhirnya mengkayakan pihak hospital? Jadi, di sinilah pentingnya takaful kerana, kami membantu anda melindungi harta benda anda dan menolong anda menyelesaikan bil hospital tersebut.

2. Bukti kita sayangkan keluarga

-Setiap hari anda menyimpan RM100.00 demi masa depan pendidikan anak anda yang berumur setahun. Andaikata, anda pergi dahulu sebelum sempat simpanan itu mencecah umur anak anda 20 tahun. Bagaimana simpanan itu hendak diteruskan? Isteri anda tidak bekerja, apa hendak dilakukan? Dengan takaful, kami boleh bantu meneruskan simpanan sehinggalah anak anda berusia 20 tahun dan masuk universiti dengan rasa tenang.

3. Menunjukkan kita bertanggungjawab

- Andaikata anda pergi dahulu sebelum isteri dan anak-anak anda, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan tanpa anda di sisi? Simpanan yang anda warisi, tidak mencukupi kerana anda lambat memulakan simpanan. Tetapi, dengan mengambil takaful, kita menunjukkan kita bertanggungjawab pada keluarga dan mampu mengelakkan mereka hidup tiada hala tuju.

4. Kesihatan kita makin merosot setiap hari

- Semakin kita tua, semakin merosot kesihatan kita. Maka, makin kerap kita masuk ke hospital akibat penyakit yang dihidapi. Namun begitu, dengan takaful, anda dapat menjalani rawatan dengan tenang dan selesa.

5. Mewujudkan tabiat menyimpan secara paksaan

- Bila memiliki takaful, sumbangan bulanan akan dipotong melalui bank anda. Jadi, ini akan melatih anda untuk menyimpan tanpa risiko anda terlupa atau tanpa sedar ia telah dipotong. Ia memaksa kita menyimpan demi masa depan yang cerah dan risiko yang tidak menentu.

6. Membuat pahala

- Sebenarnya, melalui takaful, kita dapat membuat kebajikan dan seterusnya mendapat pahala kerana dalam sistem takaful, setiap sumbangan itu dikira sebagai derma untuk membantu pemegang-pemegang takaful yang lain. Jadi, setiap sumbangan bulanan yang kita berikan setiap bulan, akan ada peratus kecil yang diambil untuk dijadikan derma untuk pemegang-pemegang takaful yang ditimpa risiko.

Jadi jangan buang masa anda untuk memiliki takaful. Sila isi borang dibawah untuk mendapatkan sebutharga takaful anda. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semuanya adalah PERCUMA.

Assalamualaikum. Salam takaful.

Alhamdulillah.

Akhirnya berjaya juga saya untuk menghasilkan laman blog sendiri di mana saya memiliki domain saya sendiri iaitu takaful4u.com. Ini adalah sebagai bukti menunjukkan keseriusan saya untuk membantu anda di luar sana memiliki pelan-pelan takaful secara online sahaja.

Ini kerana, ramai sedia maklum bahawa kekangan masa sering menjadi masalah untuk kita bertemu dengan wakil-wakil takaful membincangkan tentang pelan-pelan yang sepatutnya diambil oleh kita. Jadi, dengan kewujudan laman blog ini, saya sedia membantu anda yang tiada masa untuk bertemu dengan wakil takaful.

Namun begitu, blog ini masih belum dikemaskini secara sempurna. Ia mungkin akan memakan sedikit masa untuk menjadikannya user friendly. Ini semua harus dibuat agar saya memudahkan anda untuk berinteraksi dengan saya dan bukanlah menyusahkan anda.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang pelan-pelan takaful yang disediakan untuk anda.

Sila hubungi saya ditalian : 017-4871417

Ataupun anda boleh lawati Facebook saya jika anda lebih suka berbicara dan berbincang di sana.

InsyaAllah kita akan berbicara lagi dilain hari. Rajin-rajinlah menjenguk blog ini ya. :)